Gadis itu menjawab "Tidak."
Gadis itu menjawab,"Ayah saya telah meninggal ketika saya berusia satu tahun, ibu saya yang telah membayar semua yuran pengajian saya."
Posted by muniera at 7:10 AM 0 comments
Posted by muniera at 5:28 AM 0 comments
sweet la plak dgn kisah mreka nih...
Posted by muniera at 9:34 PM 0 comments
Posted by muniera at 8:01 PM 0 comments
one day..terbace notis utk pencarian top host..
Posted by muniera at 7:47 PM 0 comments
. .kakak.aniq.mama.batrisya.me.
Posted by muniera at 7:16 PM 0 comments
Posted by muniera at 7:03 PM 0 comments
JODOH.. Satu agenda yang besar dalam kitaran hidup manusia. Jodoh juga adalah agenda pelengkap untuk kesejahteraan dan tuntutan fitrah manusia normal yang dicipta oleh Allah. Indahnya Islam yang mensyariatkan perkahwinan yakni ikatan dan persetujuan antara dua makhluk, iaitu wanita dan lelaki secara sah di sisi syarak dan undang-undang yang memang secara azalinya saling memerlukan. Tatkala terciptanya Adam arakian juga diciptakan Allah akan Hawa.
Sedarkah kita bahawa Allah ta’ala sudah berfirman bahawa ketika mana kita berusia 6 bulan di dalam rahim ibu kita sudah ditetapkan kepada kita 3 perkara yakni persoalan ajal maut,rezeki dan akhir sekali jodoh, maka selayaknya persoalan ini kita sandarkan pada Islam yang sentiasa menjadi pemudah dan pedoman hidup mukmin sejati. Disambung lagi dengan sabda Rasulullah SAW yang menggariskan 4 perkara utama yang perlu pada pemilihan pasangan hidup iaitu rupanya,hartanya,keturunanya dan agamanya. Maka selayaknya menjadi pilihan utama adalah pasangan yang mencintai agama kerana seseorang mukmin secara langsung akan terserlah sifat soleh dan solehahnya. Dengan itu secara langsung sifat kewanitaanya, kekayaanya, kebijaksanaanya jua akan terserlah sama.
Jadi apakah alasan kita hanya mengeluh dan hanya menyalahkan takdir dalam pencarian jodoh. Berdoalah dengan konsisten dan ikhlas, dengan asbab (sebab) pasangan tersebut dijodohkan oleh emak bapa, pertemuan dari kawan-kawan, rakan sekuliah malah mungkin melalui jaringan maya (internet). Walaubagaimana cara sekalipun percaya dan yakinlah, pastinya ketapan Allah adalah yang terbaik. Penulis yakin cara yang paling baik dan berkat ialah berdoa kehadrat Ilahi dengan konsisten dan setulus hati agar dikurniakan pasangan yang akan membahagiakan kita dunia dan akhirat,dengan itu serahkanlah 100% keyakinan pada qada dan qadar Allah Ta’ala. Janganlah terlalu terikut-ikut dengan persekitaran umum sekarang yang banyak terpengaruh dengan cara dan etika bangsa barat yang hanya mementingkan kepuasan dan keselesaan nafsu yang tiada noktah.
Kesempurnaan yang hakiki hanya di syurga, berapa banyak Kalam Allah yang menggambarkan janji nikmat olehNya pada manusia yang soleh dan solehah. Jadilah mukmin yang baik nescaya tiada sesal pada kita akhirnya.
Posted by muniera at 7:02 PM 0 comments
even it hurt 4 me...
Posted by muniera at 6:47 PM 0 comments
Posted by muniera at 4:43 AM 0 comments
2 NOV — Kita dikejutkan dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan bahawa Seksyen 15 dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 adalah bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Malaysia (unconstitutional). Keputusan hakim secara majoriti 2-1 telah memihak kepada rayuan empat bekas pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mendakwa hak kebebasan berpolitik dan bersuara adalah kebebasaran rakyat Malaysia. Keputusan bersejarah itu sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini.
Ada yang melihat dan bersuara bahawa Seksyen 15 AUKU adalah suatu seksyen yang begitu menekan dan mengongkong pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) untuk terbabit dalam politik di luar kampus. Ia mungkin ada kebenarannya.
Tetapi adakah ramai yang cuba menyingkap kenapa AUKU menghalang pelajar di IPT untuk terbabit dalam politik kepartian di luar kampus? Adakah ramai yang mengetahui bahawa pelajar ini sebenarnya boleh menyertai ceramah dan aktiviti ilmuwan yang dianjurkan mana-mana parti politik sebagai usaha meningkatkan pengetahuan dan keilmuan mereka? Mereka hanya tidak dibenarkan untuk menunjuk simpati dan memegang sebarang jawatan dalam mana-mana parti politik.
Antara sebab mungkin kenapa Seksyen 15 dan keseluruhan AUKU itu dibentuk khusus kepada pelajar IPT dan kakitangannya di kampus adalah bagi tujuan membela dan menjaga nasib warga kampus terutama pelajar. Sebagai contoh mudah, sekiranya pelajar diberi kebebasan menyertai parti politik secara langsung dan mereka terbabit dalam mana-mana tindakan disiplin parti yang memerlukan denda berupa wang ringgit, maka siapa yang harus membela mereka sedangkan pelajar ini masih belum mempunyai pendapatan sendiri? Malah kebanyakan mereka pula hanya bergantung kepada pinjaman PTPTN untuk belajar di IPT untuk tempoh masa tiga hingga lima tahun.
AUKU juga berperanan sebagai ‘punca kuasa’ menggalakkan pelajar bergiat aktif dalam kampus berbanding sibuk aktif dengan aktiviti parti politik di luar. Sekiranya pelajar diberi peluang menyertai politik kepartian, maka sudah pasti masa, wang dan tenaganya akan terpaksa dihabiskan untuk parti politik yang disertainya di luar kampus.
Kesibukan menyertai dan memegang jawatan dalam parti politik ini akhirnya menyebabkan masa belajar mereka akan digunakan untuk kepentingan parti, duit kocek yang ada dalam simpanan juga terpaksa dibelanjakan untuk survival politiknya dalam parti. Seksyen 15 AUKU juga berperanan secara halus untuk membantu dan memastikan pelajar agar lebih peka dan memberi tumpuan terhadap pembelajaran di kampus. Sekiranya mereka asyik sibuk siang dan malam dengan aktiviti parti politik tidak kira daripada pihak kerajaan mahupun pembangkang, maka ruang waktu yang ada pada semakin terhad.
Ini tidak mustahil akan menyebabkan pelajar ponteng kelas dan tidak menyiapkan tugasan yang diberikan pensyarah. Akhirnya yang menjadi mangsa dalam perkara ini adalah pelajar itu sendiri, mana mungkin kepemimpinan parti politik itu akan membantu pelajar untuk lulus dengan cemerlang dalam pelajarannya.
Kita tidak bercakap lagi soal perpecahan di dalam kampus sekiranya pelajar dan kakitangan IPT diberi kebebasan menyertai secara aktif mana-mana parti politik. Cuba bayangkan sekiranya setiap pentadbiran dan ahli akademik dibolehkan bergiat aktif dalam parti politik, sudah pasti mereka akan mengambil peluang untuk menguatkan parti dan pengaruhnya. Sekiranya seorang pensyarah itu seorang Ketua Bahagian sebuah parti, adakah beliau tidak mempunyai perasaan was-was dan dendam terhadap pelajarnya yang mempunyai jawatan yang sama tetapi dalam parti lawan?
Siapa yang boleh beri jaminan bahawa pensyarah itu tidak akan menggunakan kedudukannya untuk menggagalkan atau memberi tekanan terhadap pelajarnya yang ‘setaraf’ dengannya dalam dunia politik kepartian?
Tidak dinafikan AUKU ada kekurangannya kerana ia adalah akta atau undang-undang yang diciptakan manusia, tetapi tujuan dan matlamat keseluruhannya adalah demi kebaikan warga IPT. — Berita Harian Online
* This is the personal opinion of the writer or publication, and does not necessarily represent the views of The Malaysian Insider.
Posted by muniera at 10:56 PM 0 comments
Wawancara: Pindaan AUKU tuntut kebijaksanaan pelajar2011/12/01SELEPAS memperkenalkan semula Sudut Pidato pada awal tahun lalu, kerajaan sekali lagi membuktikan suara mahasiswa didengar dengan pengumuman hasrat meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974, baru-baru ini. Di sebalik keghairahan pelajar menyambut pindaan itu yang membenarkan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) mencapai umur 21 tahun menyertai parti politik, timbul kebimbangan ia akan membawa perpecahan dalam kalangan masyarakat kampus dan melalaikan mereka daripada objektif utama iaitu menuntut ilmu. Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara merangkap Naib Canselor Universiti Utara Malaysia, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkongsi pandangan dan saranan mengenai perkembangan terbaru itu seperti disampaikan kepada Wartawan Varsiti, ROSNIZA MOHD TAHA. S Sebelum ini, Majlis Profesor Negara (MPN) antara golongan ilmuwan yang mahu sekatan mahasiswa berpolitik dikekalkan menerusi pengekalan Seksyen 15 AUKU. Apa reaksi dan respon MPN terhadap pengumuman terbaru kerajaan ini? J MPN tidak pernah kata mahasiswa harus disekat daripada berpolitik. Sebelum ini pun mahasiswa boleh terbabit dengan politik jika Naib Canselor memberi kebenaran. Isunya ialah maksud berpolitik itu sangat luas. Kalau mahu ikuti perkembangan dan berbahas mengenai keadaan politik negara dan dunia tiada sesiapa pun harus sekat mahasiswa kerana ini adalah aktiviti yang sangat digalakkan bagi menajamkan daya analisis dan pemikiran kritis pelajar. Apa yang menjadi isu ialah apakah mahasiswa wajar bawa politik kepartian ke kampus hingga ke bilik kuliah, tutorial, asrama serta dalam semua aktiviti dan persatuan pelajar dalam kampus? Apakah perkara seumpama ini sihat untuk kehidupan pelajar dalam kampus universiti? Apakah mahasiswa yang mahu terjebak dalam politik kepartian bersedia untuk menangani semua kesan dan implikasi politik kepartian yang dibawa dalam kampus? Juga, apakah mahasiswa harus dibenar menjadi aktivis politik sepenuh masa sehingga pengajian terjejas, matlamat belajar dan berjaya dengan cemerlang tak kesampaian dan akhirnya yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran? Inilah perkara yang menjadi keprihatinan kita! Kita mahu semua orang berfikir mengenai hak berpolitik sesuai dengan peruntukan hak asasi dan perlembagaan, namun pada masa sama turut mempertimbangkan tanggungjawab universiti menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif untuk pelajar serta proses pembelajaran yang lancar dan tidak terganggu dengan politik kepartian serta politiking dalam kalangan pelajar yang keterlaluan. Biarlah pelajar dan anak-anak kita belajar dengan tenang tanpa terlalu diganggu dengan hal politik yang berlebih-lebihan hingga pembelajaran mereka terganggu dan terjejas. S Apa antara senario positif atau negatif yang Datuk jangkakan bakal berlaku di kampus apabila pindaan akta itu diluluskan kelak dan pelajar mula bebas aktif dalam arena politik? J Kalau sekadar mahu jadi ahli parti politik mungkin ia tidak begitu memudaratkan. Apa yang menjadi masalah ialah apabila ideologi parti, agenda politik kepartian yang bersifat memihak atau ‘partisan politics’ menular dalam kampus. Ini dikhuatiri menimbulkan masalah jika ia tidak terkawal. Kampus akan jadi gelanggang politik dan bukan lagi medan menuntut ilmu. Apakah ini yang kita mahu hingga perkembangan budaya ilmu di universiti, kebebasan akademik, rasionaliti dan neutraliti serta sikap tidak memihak dalam memberikan sesuatu pandangan sudah tidak wujud lagi? Akhirnya pelajar mula berpuak-puak mengikut aliran politik dan kelompok yang mereka sokong. Inilah kekhuatiran yang ada. Kalau ini tidak berlaku syukurlah. Bermakna pelajar kita telah cukup matang dan mereka sudah ada kebijaksanaan. Justeru, gunakanlah peluang yang telah dibuka dan diberi oleh kerajaan ini dengan sebaik-baiknya untuk menunjukkan yang siswa siswi kita sudah cukup matang dan bersedia mengurus dan guna kebebasan yang diberi kepada mereka tanpa menjejaskan tugas serta tanggungjawab sebagai pelajar universiti yang berilmu dan berjaya. Justeru, kita harap mahasiswa bijaksana dalam membuat sesuatu keputusan dan pilihan bagi memastikan mereka tidak mengabaikan tugas serta tanggungjawab utama, harapan ibu bapa, komitmen dengan penaja pengajian, keharmonian kampus dan hak pelajar lain yang ingin belajar dengan tenang tanpa terlalu diganggu dengan politiking yang melampau dalam kampus. S Apa perlu dilakukan pihak pentadbiran universiti sebagai persediaan menghadapi perubahan di kampus apabila akta itu dipinda kelak? J Pentadbir universiti sebagai kakitangan kerajaan hanya mampu melaksanakan apa yang diarahkan mengikut undang-undang dan peraturan. Kita juga hanya dapat menasihatkan pelajar supaya menggunakan kebebasan yang diberi itu dengan sebaik-baiknya dan penuh tanggungjawab. Jangan sampai mereka menjadi alat kepada pihak tertentu atau mudah diperalatkan mana-mana pihak. S Larangan membawa politik kepartian kepartian ke kampus dilihat satu cabaran besar apabila pindaan akta ini diluluskan. Nasihat dan saranan Prof kepada pelajar dan pentadbiran universiti dalam memastikan hal ini? J Di dalam kampus cubalah elakkan daripada terlalu taksub dengan parti dan agenda atau ideologi parti yang disokong. Bersikap rasional, matang dan terbuka serta bebas dalam membuat sesuatu keputusan dan memberikan pandangan. Jangan terlalu dibelenggu dan terbelenggu dengan parti yang kita sokong sehingga kebenaran dan keadilan tidak dihiraukan. Tegakkan kebenaran dan yang hak serta keadilan berdasarkan landas ilmu dan pengetahuan yang luas. Dengar semua pandangan dan ambillah yang terbaik. Jangan hanya mahu dengar pandangan puak yang kita sokong saja hingga pendapat pihak lain diremehkan dan ditolak mentah-mentah. Ini tidak sihat dan tidak cocok dengan budaya ilmu yang kita ingin tegakkan. Insya-Allah kalau perkara ini dapat ditangani sebaiknya, universiti dan peranannya tidak akan terjejas dan pelajar juga yang akan untung pada akhirnya. S Mungkin Prof ingin mencadangkan perincian aspek lain dalam pindaan akta itu supaya ia lebih jelas dan tidak disalah guna? J Saya fikir kerajaan tahu apa yang mereka lakukan demi masa depan negara dan universiti serta masa depan anak-anak kita di universiti. Perdana Menteri sudah berikan jaminannya dan kita harap semua pihak dapat beri kepercayaan kepada Perdana Menteri dan kerajaan menguruskan perkara ini dengan sebaik-baiknya. Kita doakan semoga keputusan ini adalah sesuatu yang baik untuk semua pihak terutama pelajar kita kerana merekalah yang terbabit secara langsung dengan perkara ini. Mereka yang akan dapat faedahnya atau menjadi mangsa kepada sesuatu keadaan yang berlaku. |
Posted by muniera at 10:51 PM 0 comments
Tatkala seorang jejaka memandang cermin, apa yang selalu difikirkan adalah "handsome kah aku?", "adakah otot-otot aku semantap Arnold Schwarzenegger?" dan seumpamanya.
Apa kata selepas ini, kita bertanyakan soalan berikut ketika memandang cermin :
1. Adakah aku sentiasa taat kepada Allah dan Rasullulah?
2. Adakah jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidup aku?
3. Adakah mati syahid adalah cita-cita hidup tertinggi aku?
4. Selama ini, adakah aku sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran daripada Allah?
5. Ikhlaskah aku dalam beramal?
6. Adakah kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupku?
7. Takutkah aku kepada ujian Allah dan ancaman-Nya?
8. Adakah aku selalu memohon ampun atas segala dosa-dosaku?
9. Adakah aku zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya?
10. Adakah solat malam menjadi kebiasaanku?
11. Adakah aku bertawakal kepada Allah atau aku kerap mengeluh?
12. Adakah aku kerap memberikan infaq di waktu senang mahupun sempit?
13. Berusahakah aku untuk menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah di antara mereka?
14. Kuatkah aku amar maaruf dan nahi munkar?
15. Adakah aku sangat kuat memegang amanah, janji dan kerahsiaan?
16. Adakah aku seorang pemaaf?
Andai jawapan kepada persoalan-persoalan di atas adalah positif belaka, maka anda memiliki ciri-ciri lelaki soleh idaman wanita!
Posted by muniera at 10:50 PM 0 comments
27 dis...
Posted by muniera at 10:43 PM 0 comments
nak bb!
Posted by muniera at 10:42 PM 0 comments
Semester1 Introduction to Political Science Semester 2 Accounting I Semester 3 Acconting II Semester 4 Administrative Law Semester 5 Local Government Administration |
Posted by muniera at 10:38 PM 0 comments